Aku terkejut membaca berita ini dalam Utusan Online sebentar tadi. Apa akan jadi pada bangsaku dan bumiputera di Penang setelah kerajaan negeri yang baru di bawah pimpinan DAP&PKR mengumumkan berita di bawah ini? Adakah hak istimewa bangsaku sebagai tuan tanah dan penduduk asal di negara yang tercinta ini akan terus tergugat?....
Pulau Pinang bebas DEB - Guan Eng
11/03/2008 8:59pm
11/03/2008 8:59pm
PULAU PINANG 11 Mac – Hanya beberapa jam selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Pu lau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kerajaan campuran DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mentadbir negeri itu bebas daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang beliau dakwa akan mewujudkan kronisme, amalan rasuah dan sistem yang tidak cekap.
Dalam ucapan sulungnya sebagai Ketua Menteri, beliau berkata, kerajaan negeri baru itu akan melaksanakan sistem tender terbuka bagi semua pemerolehan dan kontrak kerajaan.
DEB menekankan pembasmian kemiskinan dan penstrukturan semula ekonomi untuk menghapuskan pengenalan etnik dengan fungsi ekonomi.
Dasar itu, yang dilaksanakan pada 1971, juga mengandungi pengagihan kekayaan dan tindakan teguh untuk orang Melayu dan Bumiputera bagi memperoleh sekurang-kurangnya 30 peratus daripada kekayaan negara.
Berikutan kenyataan Guan Eng itu, beliau ditanya mengenai hak-hak orang Melayu dan jawabnya: ``Nasib semua bangsa dan untung nasib mereka adalah sama.
``Saya tak mahu cakap tentang nasib golongan itu atau golongan ini kerana nasib kita semua adalah sama dan hala tuju kita juga adalah sama." — BERNAMA.
Bagiku, mana boleh nasib tuan tanah tak ada keistimewaan!!!
5 comments:
Salam secangkir kopi!
Dasar DEB sebenarnya menggalakkan Melayu menjadi bangsa subsidi dan memang benar, amalan kronisme dan rasuah juga menjadi-jadi dek label "bumiputera" semata-mata untuk dapatkan projek. "Bumiputera" yang tidak mengikut DEB lebih kuat defence mechanism dan lebih berjaya dari Melayu yang asyik harapkan bantuan untuk ditongkat melintas jalan yang akhirnya tidak tahu bagaimana nak kenal kereta laju atau perlahan, atau bila nak melintas...Fikirkan lah apa akan jadi pada mereka ini jika terus dibantu?
Hak kita dijaga oleh kita sendiri, kekuatan jati diri sendiri dan bukan dengan dasar-dasar yang jelas menjaga kepentingan mereka yang berkepentingan
Kita minum dulu!
salam tokmoh...mula2 kehilangan dasar DEB...tak lama lagi tak dengarlah azan kat penang tu...macam singapore....tulisan jawi pun tak boleh ade...
mane bleh jadi cemtuh... ini tidak ADILLLL...
alahai...janganlah mendengar cerita/berita dari satu2 pihak saja. Cubalah berfikiran positif, carilah bacaan alternatif untuk menghurai kekusutan sedara ni.
untuk yanglerni. kenapa azan akan hilang pulak dari Penang. Bukankan selama ini Penang pun di perintah oleh cina (Gerakan) apa beza Gerakan dengan DAP. Dua2nya parti dari kaum Cina. DAP tak sampai sebulan memerintah. Ish..ish.. janganlah kita di zaman milinium ni cetek fikiran. Positif sikit.
maulana.maulana...UJ ke ni?
whatever la. jgn hipokrit... bukankah ada kebenaran dlm kata2 yanglerni itu..
walaupun kedua-dua pemerintah adalah cina, tapi tampuk pemimpin dari parti yang berlainan dan mempunyai dasar pemerintahan yang berlainan.. objektif parti juga berlainan..
jgn asyik mencari kelemahan lawan untuk menjatuhkan lawan..tapi perkasakan diri sendiri untuk melawan lawan..zahirkan janji yang telah ditabur..sekiranya benar apa yg dikata, tunjukkan pada mereka negara kebajikan bisa direalisasikan..
salam ukhwah
Post a Comment