07 January 2008

Tak Nak Sekolah...

Pada 3.1.08, bermulalah sesi persekolahan 2008. Untuk semua guru, selamat kembali bertugas. Kepada semua pelajar, selamat kembali ke sekolah.
Tapi bila terpandang gambar kat atas tu, kesian budak tu nangis bawah meja. Ini kes tak nak sekolah. Maklumla darjah 1. Macam-macam perangai. Ada yang mak bapak kena tunggu kat bilik darjah, ada yang buat kelas macam rumah dia dan macam-macam perangai yang tak disangka. Itulah namanya budak-budak yang baru masuk sekolah. Budak yang nangis kat atas tu mungkin tak pernah pergi tadika. Kesian dia, cikgunya pulak dah tak larat nak pujuk.
Apa-apa pun, selamat bersekolah dan jadilah modal insan yang berguna kepada agama, bangsa, dan negara.

8 comments:

azlanlin said...

Kata nenek daklan, kanak-kanak umpama kain putih..ibubapalah yang mencorakwarnakan keperibadian anak-anak... apa pendapat tokmoh pulak?

arsaili said...

salam tokmoh..cam ne dh mula mengajar semula? ok ker? tokmoh tak nyorok bawah meja ker? ekekekeke gurau je

TokMoh said...

re azlanlin:Memang benar pun,ibubapalah yg mencorakkan keperibadian anak-anak.Kalau kita melalaikan mereka dengan hal dunia, dunialah yang akan mereka kejar.

TokMoh said...

re arsaili:Bila dah rehat 1 tahun,rasa kekok gak mula2 masuk kelas.Tapi alhamdulillah,pengalaman 12 thn memberi inspirasi.

Ct Nurani said...

Jangan ingat budak je yang tak nak sekolah,,orang yang dah tak budak ni pun liat betul nak gi sekolah...
rasa nak sambung kursus setahun lagi!!

azlanlin said...

tO ct:

AKU SOKONG KO CT.HEHEHHEHEHHE. tokmoh amcam?

TokNabe said...

Murid yang tak nak gi skolah biasa kita dengar. Ada tak guru yang takkkkk nak gi skolah. kalau ada.... tu luar biasa. Tak gitu TokMoh.

Anonymous said...

sronok tgk gelagat murid tahun 1, pelbagai ragam dan gaya ada..tapi yang paling agak tidak menyeronokkan ialah apabila ada di antara ibu bapa yang terpaksa menemani anak mereka sehingga berbulan-bulan...( malu plak bila ibu bapa menjadi pemerhati semasa kita mengajar )...