02 February 2008

Kulat Sisir

Gambar di bawah merupakan salah satu makanan yang mungkin kurang dikenali oleh kita semua. Kalau kita berasal dari kampung dan dikelilingi oleh pokok getah, biasalah melihatnya dan memakannya. Namanya kulat sisir.


Kulat sisir ni mudah tumbuh pada batang pokok getah yang telah mati. Masa kecik-kecik dulu, saya selalu mencarinya di gok, tempat membuat arang. Di kawasan gok ini, terdapat banyak timbunan batang pokok getah yang dikumpulkan menunggu masa untuk dibakar dijadikan arang. Kulat sisir ini hidup subur pada batang pokok getah yang telah mati dan kembang selepas hari hujan. Sekarang ni kulat sisir ada dijual di pasar tani. Kulat sisir ini sedap digoreng, dimasak kari atau masak lemak.Fuuhh...meleleh air liur dibuatnya. Kalau sesiapa nak cuba masak lemak, ini resepinya:

Bahan-bahan:
2 cawan santan daripada sebiji kelapa
1 batang serai
200g kulat sisir

Bahan kisar:
100g ikan bilis
10g serai
100g bawang kecil
5g bawang putih
20g cili padi
10g halia
20g cili merah
10g kunyit hidup

Cara membuat:
1. Masukkan santan ke dalam periuk.
2. Masukkan bahan kisar dan kacau rata di atas api sederhana.

3. Masukkan serai yang dititik dan kulat sisir, kacau rata dan biarkan mendidih. Apabila masak, angkat dan hidangkan.

10 comments:

Anonymous said...

kulat sisir payah nak dapat kat sini..jilat tapak tangan jer la..

TokNabe said...

Dulu masa budok2, rajin jugok gi cari kulat sisir ni. La ni jare doh nak ada, tp kalu di kelate ada satu tempat namonya "Pasar Mundok" di Pasir Mas, kade2 ado jugok dijual kulat sisir ni.

PakTeh said...

salam tokmoh. adui la.. tetiba ghasa lapaq pulak dah. nasib baik tak tunjuk gambaq gulai kulat tu skali tadi. kalau tidak, boleh bagi oghang jenih tak lalu makan - dan dan tu nak pekena nasik.. very good post.

arsaili said...

wahhh tok..macam2 kulat yg ada...siap ngan recipe lagi nih

Jamal Abd Rahman said...

good entry tokmoh...

mmg dah lama takmkn cendawan ni..masa kecik2 dulu pi carik sendiri jer kat kebun getah tu...

cendawan kukur dorang panggil kat sini..ke salah nama tu?

TokMoh said...

re UncleJ:Betul tu,ada org sebut cendawan kukur.Nampaknya zaman kita budak2 dulu mmg indah...

orangselamaperak said...

kalu nak dapat cuba gi sg congkak hulu langat......satu pot rm 2 jeee....bole la lepas gian

orangselamaperak said...

rasnya dalam 1 bulan sudah ....beli kat jalan masuk ke tempat mandi sg congkak hulu langat.1 pot rm2 je....buat lepas gian..

azhari bin din said...

kat penang orang sebut kulat sisiaq.goreng kunyit dengan udang,masukkan potongan bawang besaq dan cabai hidup.Bulan ramadhan cukup berselera bila berbuka.rasa macam daging.kalau dah makan ,yang lain tak mau dah.Ianya awet muda,banyak khasiat.Allah Taala jadikannya pelbagai kebaikan.Ianya Power.....

mehdhakim said...

Dua tiga hari ni asik hujan.Ada batang pokok asam kena tebang bulan lepas.Baru sudah kutip kulat sisiaq. Boleh la seperiuk.Kalo kat pasar tani mau 6,8 ringgit ni. Selamat menjamu selera