26 November 2007

Kisah Kenduri Part 1

Pada 24 Nov 2007 aku bertolak dari rumahku di Serkam, Melaka menuju ke Bagan Lalang di Sepang untuk ke rumah abangku yang mengadakan kenduri berkhatan anak lelakinya. Aku bersama isteri & anak bertolak pada pukui(pukul) 9.00 pagi. Perjalanan kali ini aku bercadang melalui jalan biasa tanpa melalui highway. Aku melalui Pantai Klebang, Sungai Udang, Masjid Tanah, Kuala Sungai Baru, Port Dickson, Lukut, Pekan Sepang, Sungai Pelek dan sampailah ke Bagan Lalang. Aku tiba dalam pukui 12.00 tgh.

Inilah tempat abangku tinggal & bertugas.(Camar Laut LKIM Bagan Lalang)


Sebahagian deretan chalet yang ada.

Oleh kerana rumah abangku telah sesak dengan keluarga mertuanya yang datang lebih awal, aku sekeluarga tinggal di chalet yang disediakan oleh abangku. Free je sebab abangku manager kat situ. Ketika aku tiba orang kampung dalam lingkungan 100 orang baru selesai 'rewang', maksudnya menolong menyediakan bahan-bahan untuk dimasak. Mereka sedang makan tengahari. Aku pun tumpang sekali la makan,perut dah lapar.

Antara menu yang disediakan pada hari kenduri(ayam goreng,sambal petai udang,masak lemak cili api nanas+ikan kering)


Pencuci mulut istimewa(rojak buah utara)



Antara tetamu sedang mengambil hidangan.




Antara tetamu sedang menjamu selera di dalam dewan.

5 comments:

arsaili said...

salam tok...sedapnya ayam goreng ngan rojak tu..yum3

TokNabe said...

Colek buah ko? sedap tu...

Meriah betul nooo...

TokMoh said...

re arsaili:ayam tu perap dulu semalaman dengan ramuannya yang mengkecurkan air liur....kemudian baru goreng.

TokMoh said...

re toknabe:rojak buah tu memang sedap sampai ramai orang kat situ mintak kuahnya nak bawak balik rumah.

Anonymous said...

salam.

abang encik masih jadi manager di situ ke? saya nak komplen pasal service hotel tersebut yang sangat teruk.