Tahun baru bererti:
31 December 2007
Selamat Tahun Baru 2008
Tahun baru bererti:
Posted by TokMoh at 12:33 AM 0 comments
29 December 2007
Air Asam
1 biji bawang besar (saiz sederhana)
1 biji buah tomato (saiz sederhana)
2 biji cili merah
3 biji cili padi
1/2 inci belacan sebesar ibu jari
Asam jawa sebesar ibu jari
Garam & gula secukup rasa
1 cawan air
Kisar bahan A hingga hancur. Bila hancur, keluarkan bahan A.
Bahan B (dipotong nipis atau kuib):
1 biji bawang besar (saiz sederhana)
1 biji buah tomato (saiz sederhana)
3 biji cili padi
Potong nipis atau potong kuib bahan B. Campurkan dengan bahan A. Kemudian perahlah limau nipis. Dah siap...selamat menjamu selera.
Posted by TokMoh at 9:29 PM 3 comments
27 December 2007
Hari Keluargaku
Ahli keluarga sedang mendaftar untuk check-in
BBQ pada malam pertama
Posted by TokMoh at 4:32 PM 2 comments
19 December 2007
Selamat Hari Raya Aidil Adha
Posted by TokMoh at 5:17 PM 1 comments
17 December 2007
Menghayati Erti Korban
Ia merupakan amalan tradisi para nabi sejak Adam hingga Nabi Muhammad s.a.w.Baginda Rasulullah sendiri dalam sebuah hadis telah mengungkapkan, orang-orang yang tidak melaksanakan ibadah korban sedangkan dia berada dalam keadaan mampu, maka jangan dekat kepada kami yang melaksanakan ibadah ini. Dalam satu peristiwa yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah dari Zaid bin Arqam, pernah seorang sahabat bertanya kepada baginda:
‘‘Itulah sunah daripada nenekmu Ibrahim,” jawab Rasulullah.
‘‘Apakah keuntungan korban itu untuk kita?” tanya sahabat lagi.
‘‘Tiap-tiap bulunya merupakan satu kebaikan (hasanah),” jawab Rasulullah.
Menurut Syafii hukum korban adalah sunat muakad yang sangat dituntut kepada mereka yang mampu termasuk para hujjaj (jemaah haji) yang berada di Mina dan terutama umat Islam yang berada di kampung halamannya sendiri, kerana ia amalan yang sangat dikasihi Allah pada hari nahar (Hari Raya).
Umat Islam akan menyambut Hari Raya Korban dalam beberapa hari lagi. Bagi kaum Muslimin yang berkuasa menyembelih korban hendaklah melaksanakan tanpa ragu-ragu sebagai usaha untuk bertaqqarrub atau memerdekakan diri kepada Allah. Berdasarkan keterangan hadis dan firman Allah yang diungkapkan dalam al-Quran, dapat disimpulkan bahawa amalan korban berasal daripada Nabi Ibrahim yang kemudiannya diwarisi oleh baginda sebagai satu ibadah dalam syariat Islam yang sangat dianjurkan untuk dilaksanakan. Ibadah korban ini berasal dari zaman Nabi Ibrahim. Tatkala Nabi Ibrahim bersama puteranya Ismail selesai membina Kaabah di Mekah di atas arahan Allah sebagai pusat kegiatan bagi menegakkan dasar-dasar tauhid, Allah menguji kekuatan iman kedua-dua nabi ini. Pengorbanan itu adalah pengorbanan yang paling tinggi dalam hidup iaitu pengorbanan jiwa dan raga.
Posted by TokMoh at 11:49 AM 0 comments
16 December 2007
Atasi Sakit Pinggang
Posted by TokMoh at 7:20 AM 2 comments
13 December 2007
10 Jenis Golongan Termasuk Dalam Golongan Kafir
- Membunuh tanpa jalan hak (batil).
- Tukang sihir.
- Suami yang tidak merasa cemburu terhadap isterinya (dayus).
- Orang yang menahan dirinya dari mengeluarkan zakat.
- Orang yang meminum arak.
- Orang yang telah cukup syarat untuknya menunaikan haji tetapi masih mahu menangguhkannya lagi.
- Orang yang suka membuat fitnah.
- Orang yang menjual senjata kepada musuhnya (belot).
- Orang yang bersetubuh dengan isterinya melalui dubur.
- Orang yang menikahi perempuan yang menjadi muhrim kepadanya (ada hubungan kekeluargaan).
Posted by TokMoh at 8:01 AM 3 comments
11 December 2007
HABIL DAN QABIL
Kembar pertama yang dilahirkan oleh Siti Hawa ialah Qabil dan Iklima. Kembar keduanya ialah Habil dan Damina. Adik Qabil iaitu Iklima mempunyai rupa paras yang cantik jelita. Namun, Damina tidak mempunyai rupa paras yang cantik seperti kakaknya.
Setelah putera puteri baginda meningkat dewasa, Nabi Adam mendapat satu wahyu yang sangat penting dari Allah. Menurut wahyu tersebut Allah memerintahkan Nabi Adam menjodohkan putera puterinya secara berselang seli. Ini bermakna Qabil mestilah berkahwin dengan Damina dan Habil pula berkahwin dengan Iklima. Setelah menerima wahyu itu Nabi Adam segera memberitahu putera puterinya.
Namun puteranya Qabil tidak bersetuju dan terus membantah seraya berkata “Ayah ! aku tidak bersetuju dengan keputusan ayah. Akulah yang berhak berkahwin dengan Iklima kerana dia lahir bersama-sama denganku ” . Qabil membantah kerana cemburu terhadap adiknya, Habil. Setelah abangnya diam, Habil pula berkata “ Ayah ! Aku serahkan perkara ini kepada Allah jika demikian perintah Allah” . Kata-kata Habil ini membuatkan abangnya itu bertambah marah.
Nabi Adam diam mendengarkan kata anaknya itu. Tapi Qabil terus membantah sambil berkata “Tidak ayah..aku tetap tidak bersetuju…kalau ayah meneruskan juga beerti ayah mengasihi Habil dan membenciku”. Nabi Adam merasa serba salah dalam menghadapi masalah menjodohkan anaknya. Setelah berfikir panjang, Nabi Adam pun memberi cadangan “ Wahai putera-puteraku..kamu berdualah pergi minta keputusan dari Allah dengan membawa korban mu masing-masing. Barang siapa korbannya diterima Allah , maka dialah yang benar ”
Pada keesokan harinya kedua-dua putera Nabi Adam itu segera pergi ke tempat yang Nabi Adam sering sujud kepada Allah. Qabil membawa sehidang buah-buahan sesuai pekerjaannya sebagai seorang petani. Maka Habil pula membawa seekor kambing sesuai pekerjaannya sebagai pengembala. Kedua-duanya meletakkan korban masing-masing ditempat yang disediakan.
Tidak lama kemudian, turunlah api tanpa asap menyambar korban yang dipersembahkan oleh Habil. Korban Qabil langsung tidak terusik dan berada di tempatnya. Ini beerti Habillah yang benar dan dialah yang patut berkahwin dengan Iklima.
Keputusan dari Allah ini tidak juga membuat Qabil berasa puas malah dia semakin geram dan dendam terhadap adiknya.
Di saat inilah iblis mula menusukkan jarumnya. Iblis mula menghasut Qabil agar membunuh Habil dan menghapuskannya terus dari muka bumi ini. Akhirnya Habil telah dibunuh dengan kejamnya. Pembunuhan ini merupakan detik pembunuhan pertama dalam sejarah hidup dan tamadun manusia di bumi Allah ini. Pembunuh yang pertama ialah Qabil dan mangsa pembunuhan pertama pula ialah Habil, adik Qabil sendiri.
Sejak itu, mulalah tercetusnya pembunuhan sesama manusia kerana masalah wanita. Iblis tidak hentinya menghasut dan mengajak manusia agar melakukan kerosakan kerana iblis memang suka melihat manusia itu suka melakukan kerosakan di atas muka bumi ini.
Kesimpulan daripada kisah ini ialah manusia adalah makhluk yang lemah dan mudah terpedaya dengan hasutan iblis. Sejak Nabi Adam diturunkan ke dunia ini lantaran termakan buah khuldi, iblis dan syaitan tanpa hentinya menghasut anak cucu Adam hingga ke hari kiamat.
Sesungguhnya, pengajaran yang boleh diambil dari kisah ini ialah:
- Kita hendaklah sentiasa berwaspada daripada gangguan syaitan.
- Hendaklah kita mempunyai sifat bertolak ansur dan toleransi sesama sendiri apatah lagi hidup bermasyarakat.
- Perbanyakkan amal ibadat dan selalu berzikir kerana amalan – amalan ini dapat menghindari kita dari gangguan iblis dan syaitan.
Posted by TokMoh at 11:28 PM 0 comments
10 December 2007
Khasiat Betik
1) Buah.
Selain mengandungi kalium dan magnesium yang sangat tinggi, buah ini juga kaya dengan karotena, vitamin C, dan flavonoid, sehingga dapat berfungsi memecahkan serat makanan sisa, sehingga mudah kita untuk membuang air besar. Jika dimakan segar secara rutin, buah betik sangat bermanfaat untuk mengubati usus yang luka dan mengurangkan panas tubuh ketika deman.
2) Daun
Bagi yang suka, daun betik sangat enak dibuat sayur dan ulam. Memang rasanya agak pahit tetapi tengok saja manfaatnya yang luar biasa, seperti mengubati malaria, sakit perut dan kurang nafsu makan. Caranya: Ambil daun betik segar sebanyak 1-2 tapak tangan, garam sedikit, dan air suam 1/2 cawan. Campuran ini dipipis atau dikisar, lalu diperah dan diambil airnya. Diminum sehari satu sehingga tiga hari berturut-turut. Kandungan papain dalam daun juga amat berkesan untuk melembutkan daging. Masyarakt Mexico menggunakan daun betik bukan sahaja untuk melembutkan daging, tetapi juga dijadikan ubat untuk asma dan masalah jantung. Bagaimanapun jika penggunaan daun terlalu banyak ia boleh jadi berbahaya kerana ia boleh menghasilkan toksik.
3) Biji
Dikatakan amat berkesan untuk megubati masalah cacing dalam perut. Caranya: Jemur biji betik hingga kering, lalu tumbuk hingga halus. Ambil serbuk ini sebanyak 10 gram dan didihkan bersama 150ml air, sehingga tinggal kira-kira 75 ml. Minum sekali gus 2 jam sebelum makan malam.
4) Getah dan akar
Dapat mengubati sakit saluran kencing, masalah cacingan, bahkan digigit ular berbisa. Untuk ubat cacing,gunakan akar betik kering sebanyak 10 gram, bawang putih 1 gram, dan 100 ml air. Semua bahan dipotong-potong, kemudian didihkan dengan air selama 15 minit, baru disaring. Bila perlu, tambahkan air matang sehingga diperoleh hasil saringan 75 ml. Bahagikan kepada tiga bahagian (25 ml) sekali minum.
Posted by TokMoh at 11:03 PM 9 comments
07 December 2007
KERJA
Kemudian aku kerja kilang kat Sungai Petani. Mula-mula aku kerja kat kilang buat casing radio. Lepas tu aku kerja pula kat kilang buat plastik beg. Kemudian abang aku ajak tolong dia berniaga.
Ini la kerja aku seterusnya jual burger kat Sungai Petani. Macam-macam burger ada: egg banjo, hot dog, special burger, papa burger, mama burger. Kerja jual burger ni pun tak lama aku buat. Lebih kurang 1 tahun je. Kemudian aku berhijrah ke Kuala Lumpur.
Posted by TokMoh at 12:00 PM 3 comments
05 December 2007
AKHLAK MUSLIM
- Bertaubat ertinya meninggalkan segala perbuatan tercela yang telah dikerjakan dengan niat kerana ingin membesarkan Allah s.w.t. Orang yang bertaubat mesti memenuhi syarat-syarat yang berikut sebagai bukti kesungguhannya iaitu,
~meninggalkan maksiat dengan kesedarannya.
~sungguh-sungguh menyesal diatas perbuatannya yang salah itu atau yang telah terlanjur.
~berazam dengan bersungguh-sungguh tidak akan mengulangi keterlanjurannya lagi.
- Khauf ertinya takutkan Allah. Takut kepada kemurkaanNya dengan memelihara diri dari melakukan perkara-perkara yang ditegah.
- Zuhud ertinya bersih dan suci hati dari berkehendakkan lebih dari keperluannya serta tidak pula bergantung kepada makhluk lain. Hatinya sentiasa mengingati bahawa harta yang dimilikinya adalah sebagai amanah dari Allah buat sementara waktu sahaja.
- Sabar ertinya tabah dan cekal dalam menghadapi sesuatu ujian dan dugaan yang mendukacitakan dari Allah.
- Syukur ertinya menyedari bahawa semua nikmat yang diperolehinya baik yang lahir mahupun yang batin semuanya adalah dari Allah. Ia juga merasa gembira dengan nikmat itu serta bertanggungjawab kepada Allah dengan melaksanakan segala suruhanNya.
- Ikhlas ertinya mengerjakan amal ibadat dengan penuh ketaatan serta semua perbuatan yang dilakukan itu semata-mata kerana mengharapkan keredaan Allah, bukan kerana tujuan yang lain.
- Tawakal ertinya berserah diri kepada Allah dalam melakukan sesuatu rancangan.
- Mahabbah ertinya kasihkan Allah dan hatinya sentiasa cenderung untuk berkhidmat dan beribadat kepada Allah serta bersungguh-sungguh dalam menjaga dirinya dari melakukan maksiat.
- Reda dengan Qada & Qadar ertinya merasa lapang dalam menerima ketentuan nasib yang telah ditakdirkan Allah sama ada yang berupa nikmat ataupun musibah.
- Zikrul Maut ertinya sentiasa ingat kepada kematian.
Posted by TokMoh at 12:15 AM 1 comments
03 December 2007
Alhamdulillah Oleh Too Phat
Di saat waktu berhenti...kosong
Dimensi membutakan mata memekakkan telinga
Lalu diri menjadi hampa
Saat paradigma dunia tak lagi digunakan utk menarka
Sadarku akan hadirMu
Mematahkan sendi² yg biasanya tegak berdiri
Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)
Merenungi luar jendela
Mengagumi kebesaran yg Maha Esa
Ku menilai kehidupan dr sudut berbeza
Tak memadai hanya kecapi rasa selesa
Mahukan harta yg mampu beli satu semesta
Berpesta ke parti botol bergelimpangan
Kekasih muda bukan takat berpegang tangan
Harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
Bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
Bukan berkhutbah, cuba betul diri ini cuma
Ingin hidup sempurna, asset nilai berjuta
Saling tukar wanita, senyum dan mati tua
Bakat dikurnia jangan disalahguna
Jangan kufur nikmat yg diberi percuma
Guna kelebihan utk khidmat bersama
Jagalah nama
Hidup penuh pementasan dan drama
Ada berisi ada yg kurus
Ada melencong ada yg lurus
Bukan semuanya tulus
Ada sempurna ada kurang upaya
Ada yg jadi buta hanya bila sudah kaya
Sebesar rumah bermula dengan sekecil bata
Boleh hilang dalam sekelip mata
Ucaplah Alhamdulillah bukannya sukar
Kerna semana kaya atau besar
Tetap Allahuakbar...
Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)
Jadikanlah ku tentera Fisabilillah
Yang tertera di kalimah harap memanduilah kita apabila persimpangan tiba
Hidup penuh dengan rintangan harus kuhadapinya
Harap ku tidak lupa diri bila gembira
Dan cuma mula mencari Kau di saat hiba
Ku cuma manusia penuh dgn kesilapan
Tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
Tabah bila dikalangan duri onak dan cubaan
Teguh bila dicubakan pengaruh kuasa dan perempuan ah!
Sentiasa legar diminda dikejar dan dipinta
Dari zaman bermula hingga ke akhirnya
Ku mengerti siapa ku tanpa Mu disisi
Dan apa guna posessi juga posisi
Sementara ini cuma hanya puisi
Nukilan tulisan dan bisikan hati
Mencari keterangan menjiwai peranan
Menepati pesanan, janji juga saranan
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki
Moga tidak leka dalam perjalanan ini
Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)
Aku yang memandang di dlm lubuk hati
Mencari-cari rahsia yg katanya tersembunyi
Aku yg melihat alam meliputi ujud menyertai lalu kupindahkan alam ke dlm mata hati
Aku hakiki aku mengerti segala yg terjadi di langit dan di bumi
Gunanya tiada fantasi pelik dan benar qada' dan qadar
Kau berilahku kekuatan agar dapatku hindarkan segala kesesatan
Usah kau biarkan nafsuku terliur
Dari pandangan majazi ini
Aku yg bodoh lagi hina amat benar merindui
Moga cahaya lelatu tak membutakan mataku
Semoga segala puji takku meninggi diri
Moga segala janji dpt juga ku penuhi
Moga dpt ku hadang tikaman dr belakang
Lidah setajam pisau
Ku tidak akan risau
Dgn dugaan cabaran
Sepanjang perjalanan ku pasrah ku akur
786 Alhamdulillah Syukur!
Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)
Sujudku pun takkan memuaskan inginku
utk hanturkan sembah sedlm kalbu
Adapun ku sembahkan syukur kpd Mu Ya Allah
Utk nama harta dan keluarga yg mencinta
Dan perjalanan yg sejauh ini tertempa
Alhamdulillah pilihan dan kesempatan
Yg membuat hamba mengerti lebih baik ttg makna diri
Semua lebih berarti apabila dihayati
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...
Posted by TokMoh at 8:20 AM 4 comments
01 December 2007
HANYA KERANA SETEGUK ARAK...
Posted by TokMoh at 3:49 PM 0 comments
29 November 2007
Anak Mengajar Bapa
Posted by TokMoh at 9:42 PM 2 comments
28 November 2007
Kisah Kenduri Part 2
Sedang menggoreng ayam berempah.
Lepas sarapan,bersembang pasai kenduri.
Posted by TokMoh at 1:36 PM 3 comments
26 November 2007
Kisah Kenduri Part 1
Oleh kerana rumah abangku telah sesak dengan keluarga mertuanya yang datang lebih awal, aku sekeluarga tinggal di chalet yang disediakan oleh abangku. Free je sebab abangku manager kat situ. Ketika aku tiba orang kampung dalam lingkungan 100 orang baru selesai 'rewang', maksudnya menolong menyediakan bahan-bahan untuk dimasak. Mereka sedang makan tengahari. Aku pun tumpang sekali la makan,perut dah lapar.
Posted by TokMoh at 10:31 PM 5 comments
Balik Dahhh...
Posted by TokMoh at 6:18 PM 4 comments
23 November 2007
Bermusafirlah Aku
Posted by TokMoh at 11:12 PM 3 comments
22 November 2007
Halia Oh Halia
Posted by TokMoh at 12:07 AM 4 comments
19 November 2007
Cerita Cuti
Posted by TokMoh at 11:07 PM 3 comments
18 November 2007
TIP SIHAT NABI S.A.W.
- Mandi pagi sebelum subuh boleh mengurangkan lemak berkumpul.
- Sujud 1 minit selepas solat subuh dapat mengelak daripada sakit kepala.
- Hisap hujung jari selepas makan membantu mencernakan makanan.
- Elakkan kombinasi makanan berikut: susu+daging, daging+ikan, ikan+susu, ayam+susu, ikan+telur, ikan+daun salad, susu+cuka, buah+susu(koktel) Kombinasi makanan tersebut akan menghasilkan tindakbalas biokimia yang akan merosakkan usus kita.(Pesanan dari sahabat saya)
Posted by TokMoh at 1:20 AM 1 comments
17 November 2007
Hidup di dunia lebih selesa, di akhirat juga selamat
Harta perlu dicari dan diusahakan mengikut kemampuan kerana dengan harta membolehkan segala urusan disempurnakan termasuk untuk beribadat. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya: "Apabila berlaku kiamat dan di tangan kamu ada sepohon benih pokok kurma, jika dia berkuasa menanamnya janganlah bangkit sehingga menanamnya." (Hadis riwayat Ahmad) Bagi orang beriman, harta tidak lebih sebagai alat yang dipergunakan untuk mencapai kesejahteraan dan keredaan Pencipta tetapi kepada sesetengah yang lain harta ibarat tuan, dipuja setinggi-tingginya sehingga merendahkan martabat insani, malah menenggelamkan terus diri dalam keasyikannya. Harta bukanlah sesuatu yang jelek seperti dipandang sesetengah pihak, tidak juga sesuatu begitu mulia sehingga dimonopoli pihak tertentu, dijunjung dan diagung-agungkan, sebaliknya harta adalah keperluan untuk kelangsungan hidup semua pihak.
Bagi golongan beriman, mereka gigih mencari harta bukan kerana tamak tetapi atas kesedaran dan tanggungjawab. Apabila memperolehnya tidak melalaikan diri, sebaliknya semakin ramai mendapat manfaat dari hartanya, tidak sombong dan tidak berbangga. Andai kecundang mereka dapat bersabar.
Posted by TokMoh at 7:22 AM 0 comments
15 November 2007
MAMPUKAH KITA BERSABAR SEPERTINYA?
Hanya beberapa langkah ke hadapan, lelaki ini memanggil semula Abu Osman. Setelah itu dihalaunya semula seperti yang dilakukan di awalnya tadi. Demikianlah hal ini berulang sehingga 30 kali, namun ia sedikit pun tidak menunjukkan tanda marah. Akhirnya lelaki itu mengakui akan kesabaran Abu Osman, lalu ia segera memohon maaf darinya. Kata Abu Osman, “Apa yang aku lakukan ini adalah terlalu mudah, anjing pun boleh lakukan seperti apa yang aku buat. Cuba engkau perhatikan, jika dipanggil ia datang, jika dihalau ia pergi tanpa menunjukkan rasa marah, kecewa atau putus asa sedikit pun. Apalah ertinya kesabaranku ini jika ianya boleh dilakukan oleh seekor anjing yang tidak berakal.”
Posted by TokMoh at 9:27 PM 0 comments
13 November 2007
Khasiat Air Beras
Posted by TokMoh at 3:32 PM 12 comments
12 November 2007
11 November 2007
SELAMAT MENDUDUKI FINAL EXAM
Posted by TokMoh at 5:34 PM 1 comments
Anakku Bersukaneka
Inilah anak aku. Muhammad Rusyaidi namanya. Nama panggilan dia Awi. Dok tak dok dah 6 tahun umur anak aku. Ni la sorang-sorangnya anak aku (buat masa la ni). Gambar nie diambil pada hari sukaneka Tadika JAIM zon Merlimau yang diadakan di SK Sebatu. Sebelum hari sukaneka nie, Awi sibuk mintak belikan kasut sukan sebab dia nak lumba lari katanya. Aku pun ikutla cakap dia(maklumla anak sorang tu ja). Aku bersama isteri dan Awi pi la Pekan Merlimau menuju ke Pasaraya Ten Ten. Pusin punya pusin dalam pasaraya tu cari kasut. Dah jumpa tempat kasut maka bermula la episod cuba-mencuba nak cari saiz. Akhirnya dapat kasut yang sesuai warna coklat. Sengih memanjang anak aku….
Pada hari sukaneka aku pun hantaqla anak aku pi ke tadika dia sebab pelajar-pelajar tadika kena pi dengan cikgu dia. Ini untuk memudahkan urusan pihak tadika dalam penyediaan pelajar-pelajar untuk perbarisan. Aku dan isteri pi kemudian. Bila aku sampai kat tempat sukaneka, pelajar-pelajar tengah beratur untuk perbarisan. Aku dan isteri terjengah-jengah mencari mana la Awi. Puas cari pasai semua pelajar pakai t-shirt merah, dah tu pulak tak tau dok diam, sat toleh sini, sat toleh
Anakku berlari bawak baton. Laju lagi... laju lagi...
Awi punya la suka pasai ramai dapat kawan baru dan main. Budak-budak macam tu la. Kat rumah pun dia dok kawan dengan aku dan mak dia. Awi masuk macam-macam acara. Salah satu acara lari berganti bawa baton. Dia menang acara tu dan dapatla hadiah. Balik rumah kami tiga beranak punyala penat. Nasib baik sebelum balik rumah ada orang jemput makan kenduri kahwin. Sampai rumah terus ‘landing’ dan isteri aku lega tak payah susah-susah nak masak. Itulah alkisahnya anak aku pi sukaneka.
Posted by TokMoh at 4:21 PM 1 comments
Pasai Apa Ni...
Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan kerja. Antaranya ialah :
1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.
2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab sepanjang waktu.
3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
4) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
5) Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
8) Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
9) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.
10) Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.
Posted by TokMoh at 11:13 AM 0 comments
10 November 2007
Berkelah di Lata Bayu, Baling
Posted by TokMoh at 12:21 AM 1 comments
Hutan Lipur Sungai Sedim
Terletak 33 km dari Bandar Kulim, 130 dari Bandar Alor Setar di hubungi melalui jalan raya.
Posted by TokMoh at 12:14 AM 0 comments
06 November 2007
Selamat Datang ke Blog TokMoh
Selamat melayari blog saya yang baru diwujudkan. Kewujudannya untuk memuatkan pelbagai kisah suka duka dan kerencaman kehidupan kita di mukabumi Allah ini. Sesamalah kita memeriahkan dunia blog untuk menghubungkan silaturahim.
:: TokMoh ::
Posted by TokMoh at 11:54 AM 1 comments