Bila aku duduk relak-relak kat rumah di musim cuti sekolah ni, teringat kenangan silam semasa aku mula mencari kerja untuk mendapatkan wang. Tentu kawan-kawan atau sesiapa sahaja pernah menceburi berbagai pekerjaan sebelum mendapat kerja yang tetap dan mantap.


Kemudian aku kerja kilang kat Sungai Petani. Mula-mula aku kerja kat kilang buat casing radio. Lepas tu aku kerja pula kat kilang buat plastik beg. Kemudian abang aku ajak tolong dia berniaga.

Ini la kerja aku seterusnya jual burger kat Sungai Petani. Macam-macam burger ada: egg banjo, hot dog, special burger, papa burger, mama burger. Kerja jual burger ni pun tak lama aku buat. Lebih kurang 1 tahun je. Kemudian aku berhijrah ke Kuala Lumpur.


Keluar je maktab, aku posting kat SK Setapak, KL. 1 tahun aku ngajar kat situ. Lepas kahwin aku posting pulak ke Melaka. Inilah tempat kerja aku sekarang menjadi guru di SK Tedong, Melaka.
Di sini aku menyeru la pada sesiapa terutamanya lelaki yang terbaca entry aku ni jika masih tak kerja apa-apa, buatla perubahan diri dan anjakan paradigma. Cari kerja dan dapatkan duit untuk menyara diri dan tolong mak ayah. Tapi carila kerja yang halal dan sah di sisi undang-undang.
3 comments:
salam TokMoh..tak sangka nooo..hang pun penah jadi salesman jual kepala gas. Biasa la rutin2 perjalan hidup sebelum mencapai klimaks sekarang ni. Banyak perkara dibuat banyak le pengalaman buat renungan anak cucu sok.
gitu kisahnya,,, patut la gaya bercakap ada 'iras-iras' salesman jual kepala gas...
salam...wah seronok tengok rentetan pengalaman tokmoh..ini la yg mendewasakan kita...sy dulu nak keje, bapa tak kasi, katanya bila dh keje kang syok pegang duit sendiri, tak nak belajar dah..tapi argue punya argue, dia kasi la keje..jadi cikgu sementara ehehehe..sonok aa pengalaman mengajar budak2 nih...
Post a Comment