05 December 2007

AKHLAK MUSLIM

Sifat-sifat terpuji:
  • Bertaubat ertinya meninggalkan segala perbuatan tercela yang telah dikerjakan dengan niat kerana ingin membesarkan Allah s.w.t. Orang yang bertaubat mesti memenuhi syarat-syarat yang berikut sebagai bukti kesungguhannya iaitu,

~meninggalkan maksiat dengan kesedarannya.

~sungguh-sungguh menyesal diatas perbuatannya yang salah itu atau yang telah terlanjur.

~berazam dengan bersungguh-sungguh tidak akan mengulangi keterlanjurannya lagi.

  • Khauf ertinya takutkan Allah. Takut kepada kemurkaanNya dengan memelihara diri dari melakukan perkara-perkara yang ditegah.
  • Zuhud ertinya bersih dan suci hati dari berkehendakkan lebih dari keperluannya serta tidak pula bergantung kepada makhluk lain. Hatinya sentiasa mengingati bahawa harta yang dimilikinya adalah sebagai amanah dari Allah buat sementara waktu sahaja.
  • Sabar ertinya tabah dan cekal dalam menghadapi sesuatu ujian dan dugaan yang mendukacitakan dari Allah.
  • Syukur ertinya menyedari bahawa semua nikmat yang diperolehinya baik yang lahir mahupun yang batin semuanya adalah dari Allah. Ia juga merasa gembira dengan nikmat itu serta bertanggungjawab kepada Allah dengan melaksanakan segala suruhanNya.
  • Ikhlas ertinya mengerjakan amal ibadat dengan penuh ketaatan serta semua perbuatan yang dilakukan itu semata-mata kerana mengharapkan keredaan Allah, bukan kerana tujuan yang lain.
  • Tawakal ertinya berserah diri kepada Allah dalam melakukan sesuatu rancangan.
  • Mahabbah ertinya kasihkan Allah dan hatinya sentiasa cenderung untuk berkhidmat dan beribadat kepada Allah serta bersungguh-sungguh dalam menjaga dirinya dari melakukan maksiat.
  • Reda dengan Qada & Qadar ertinya merasa lapang dalam menerima ketentuan nasib yang telah ditakdirkan Allah sama ada yang berupa nikmat ataupun musibah.
  • Zikrul Maut ertinya sentiasa ingat kepada kematian.

1 comments:

arsaili said...

good recap...bole revise skit..ehehehe