Seorang abid dari kalangan Bani Israel namanya Barhisha telah beribadat selama 220 tahun dan tidak pernah sekalipun melakukan maksiat terhadap Allah sehinggakan para malaikat pun merasa kagum dengan amal ibadatnya. Allah juga menganugerahkan kepadanya kebolehan berjalan di atas angin. Firman Allah kepada malaikat, "Aku lebih tahu dari kamu, mengikut TakdirKu dia adalah lelaki kafir dan akan kekal di dalam neraka kerana meminum arak."
Perbualan Allah ini telah didengar oleh iblis lalu mengambil kesempatan untuk menggoda Barhisha kerana ia telah tahu kelemahannya terletak pada arak. Iblis pun merupakan dirinya sebagai seorang abid. Iblis berpura-pura beribadat dengan tekunnya sehingga tidak makan dan minum serta tidak tidur selama 3 hari.
Melihat keadaan ini Barhisha pun berkata, "Saya telah beribadat selama 220 tahun tetapi tidaklah sepertimu ini."
Jawab iblis,"Aku telah melakukan satu dosa besar terhadap Tuhan, bila mengenangkannya kembali itulah yang membuatkan aku tidak dapat tidur dan makan."
"Bagaimana aku dapat menjadi sepertimu?" tanya Barhisha.
Jawab iblis,"Buatlah sekali maksiat kemudian bertaubatlah semula kerana Allah itu Maha Pengampun dan Penyayang, setelah itu anda akan merasai nikmat beribadah."
"Apa yang harus aku lakukan?" tanya Barhisha.
"Berzina," jawab iblis.
"Aku tak sanggup," jawab Barhisha.
"Bunuhlah seorang mukmin." balas iblis.
"Itupun aku tidak sanggup." jawab Barhisha.
"Kalau begitu, minumlah arak." pujuk iblis.
Maka Barhisha pun terus mendapatkan arak dari seorang pekedai wanita. Setelah meminumnya ia menjadi mabuk lalu terus berzina dengan wanita itu. Iblis lalu memberitahu akan hal itu kepada pemerintah untuk diadili. Barhisha didapati bersalah dan dikenakan hukuman rotan sebanyak 80 kali kerana meminum arak dan ditambah 100 rotan lagi kerana berzina dengan diikatkannya pada sebatang kayu.
Kata iblis, "Aku juga telah menderita selama 220 tahun kerana tidak berjaya menggodamu, jika kamu mahu dibebaskan sujudlah kamu padaku sekali," pujuk iblis lagi.
"Bagaimana aku hendak sujud kerana aku diikat," jawab Barhisha.
"Sujudlah dengan isyarat," rayu iblis.
Kerana ingin terlepas dari batang kayu itu maka Barhisha pun sujud pada iblis dengan isyarat dan akhirnya matilah ia dalam keadaan kafir, sesuai dengan ketentuan Allah.
Itulah bahayanya arak dan juga iblis/syaitan yang selalu mencari jalan untuk menyesatkan kita. Moga kita selalu dibawah lindungan Allah.
0 comments:
Post a Comment