24 May 2008

PELIK TAPI BENAR

Pada 16 Mei yang lalu, PM telah mengumumkan Hadiah Hari Guru kepada semua guru terutama guru-guru yang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama. Kini golongan ini dikenali DG2941. Namun hadiah itu tidak menyelesaikan masalah guru-guru DG2941 yang kini gajinya jauh lebih rendah dibandingkan dengan rakan setugas DG29 yang dilantik ke DG32 tanpa perlu mendapatkan ijazah pertama. Lihatlah perbandingan di bawah:
Guru A (DG 29 KE 32)
Lantikan pertama : 01.01.1995
Time-based DG32 : 01.01.2005 (RM2416.06)
2006 (RM2514.37)
2007 (RM2612.68)
2008 (RM2710.99)
2009 (RM2803.30)
2010 (RM2907.61)
2011 (RM3005.92)
Guru B (DG 29 KE 41)
Lantikan pertama : 01.01.1995
Lantikan DG41 : 2004 (RM1710.60)
9 tahun DG29 = 3 tahun DG41
2004, 2005, 2006, 2007, 2008 = Sudah 5 tahun berada di DG41
3 + 5 = 8 tahun.
Lagi 2 tahun untuk layak ke DG44 secara Time-based.
2009 (RM2509.90)
2010 (RM2600.35)
2011 – Layak DG44 secara Time-based P1T1 (RM2982.99)
Walaupun naik ke DG44, lihatlah sendiri perbezaan gaji guru A dan guru B pada tahun 2011.

Ini tidak mengambil kira bahawa guru A sebenarnya sedang menunggu untuk dilantik ke DG41.
ADUHAI....APALAH NASIBMU WAHAI GURU-GURU DG2941....
WANG PULUHAN RIBU TELAH DIHABISKAN UNTUK MENGGENGGAM SEGULUNG IJAZAH....
MASA PULUHAN RIBU JAM JUGA TELAH DIHABISKAN UNTUK MENELAAH PELAJARAN....
KINI....KAU JUGA KETINGGALAN DIBELAKANG KAWANMU YANG SAMA-SAMA MENJEJAK KAKI MENJADI GURU TETAPI TIDAK MENJEJAK KAKI KE MENARA GADING......................

3 comments:

arsaili said...

salam...semoga ada jalan penyelesaian

TokNabe said...

La ni Kerajaan bagi satu lagi KENAIKKAN.. hang nak terima jugak ke? KENAIKKAN harga minyak.

Rumah Kuning said...

wow...lengkap segala fakta.Kenapa jadi mcm ni ye?? Mrk pasti mengetahui jawapannya...ya tak?